- Emosi
Ini adalah factor terpenting di dalam urusniaga forex atau pun saham.
Kenapa? Apabila kamu dikawal oleh emosi yang negative maka secara tidak
langsung kamu akan melakukan banyak kesilapan semasa trading kerana
gangguan emosi ini akan mengarahkan kamu untuk memasuki sesuatu pasaran
pada nilaian yang tidak munasabah. Apa yang perlu kamu lakukan untuk
mengelakkan perkara ini berlaku?
1. Kamu perlu tenangkan fikiran ketika memasuki pasaran.
2. Pastikan emosi kamu tenang dan waras.
3. Jangan sesekali memasuki pasaran sekiranya emosi atau
mood kamu terganggu.
4. Elakkan dari memasuki pasaran berlawanan arah major
trend kerana desakan emosi.
5. Yakin dengan position yang telah kamu buka dan
kekalkan kepercayaan kamu pada position itu.
6. Jangan sesekali cuba cover kerugian kamu pada waktu
itu juga ini boleh menyebabkan emosi kamu lebih sukar di kawal.
7. Elakkan dari memasuki pasaran sekiranya kamu telah
mengalami kerugian berulang kali. Gunakan masa kerugian ini untuk kamu
mengkaji kesilapan yang telah kamu lakukan.
8. Jangan sesekali menyesal sekiranya position kamu
terkena stop loss.
9. Banyakkan berdoa pada Tuhan kerana sesungguhnya
kejayaan seseorang itu ada kaitannya dengan amalan keagamaan seseorang
itu. Sedikit sebanyak emosi kamu sentiasa tip top kerana ada pegangan dan
kepercayaan pada ketentuan Yang Maha Agung.
10. Banyakkan bersabar apabila kamu telah memasuki
pasaran kerana ada masanya pasaran akan bergerak terlampau lembap
sehinggakan kamu boleh hilang pertimbangan dan kesabaran.
Nafsu? Apa kaitan nafsu dalam arena forex dan saham. Inilah penyebab kenapa
orang yang telah memperolehi keuntungan yang besar tiba-tiba mengalami
kerugian. Kenapa? Kerana mereka ini telah dikawal oleh desakan nafsu yang tidak
rasional. Meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk dijangkau. Walhal
keuntungan besar telah diperolehi akan tetapi sifat nafsu yang tidak bersyukur
mendorong mereka ini untuk memperolehi keuntungan yang lebih besar. Perkara ini
perlu kamu kawal.
Inilah factor seringkali dialami oleh setiap trader tidak kira forex atau pun
saham. Masing mengkehendaki memperolehi keuntungan yang besar. Sifat ini boleh
disamakan seperti ketamakan berurusniaga. Janjikan kisah ?Anjing dan
bayang-bayang? sebagai pedoman kamu. Jangan sesekali jadikan diri kamu seperti
kisah yang disebutkan. Sifat yang boleh dikaitan dengan nafsu adalah seperti di
bawah dan kamu perlu elakkannya:-
1. Ketamakkan.
2. Tidak bersyukur dengan keuntungan yang telah diperolehi.
3. Meletakkan nilaian lot yang terlampau besar semata-mata
untuk memperolehi keuntungan yang besar.
4. Meletakkan harapan untuk untung 100% dalam tempoh tidak
singkat.
Faktor tekanan juga boleh menjadi penyebab kamu rugi di dalam forex atau pun
saham. Banyak penyebab yang didorong oleh factor tekanan yang perlu kamu
elakkan seperti di bawah ini:-
1. Jangan campurkan urusan kerja di pejabat di bawa masuk ke
dalam minda kamu semasa berurusniaga forex.
2. Tidak tidur dengan cukup. Kamu perlu tidur secukupnya untuk
mengelakkan minda kamu tidak boleh berfikiran dengan rasional.
3. Meletakkan harapan yang tinggi sehingga menyebabkan diri
kamu stress.
4. Berusaha untuk mengambil keuntungan secepat mungkin setelah
mengalami kerugian yang besar.
5. Tidak beriadah atau bersukan kerana masa banyak diberikan
pada forex.
6. Jangan ambil apa-apa ubatan yang boleh menyebabkan kamu
mengantuk semasa berurusniaga sehinggakan kamu tidak dapat menumpukan pada
pasaran. Elakkan dari memasuki pasaran sekiranya perkara ini terjadi pada kamu.
7. Faktor fikiran dan fizikal yang keletihan boleh menyebabkan
kamu berada di dalam factor tekanan semasa berurusniaga elakkan perkara ini
berlaku.
8. Tidak mengkaji pasaran terdahulu dan memasuki pasaran
dengan tergesa-gesa.
9. Tidak yakin dengan keputusan sendiri dan meletakkan nasib
sebagai penentu keuntungan kamu.
10. Bagi yang telah berkeluarga cuba elakkan dari berurusniaga
ketika menghadapi masalah rumahtangga atau sebagainya. Pastikan anak-anak dan
pasangan tidak mengganggu kamu semasa berurusniaga.
Adakalanya seseorang pelabur di dalam dunia forex dan saham suka mengabaikan
faktor luaran ini semasa mereka berurusniaga. Antara faktor luaran yang boleh
menjejaskan tumpuan kamu semasa berurusniaga adalah seperti disenaraikan di bawah
ini dan kamu sepatutnya mengelakkan ianya dari terjadi:-
1. Berinteraksi melalui internet seperti YM atau MIRC. Ini
sedikit sebanyak menjadi penyumbang utama kerana kamu tidak menumpukan
perhatian 100% ketika kamu hendak memasuki position yang telah kamu jangkakan.
2. Tidak menjaga kesihatan (demam, selesema, sakit perut dan
sebagainya). Ini salah satu di antara penyebab ramai gagal di dalam forex
kerana tidak menjaga kesihatan kerana apabila kamu tidak sihat tumpuan kamu
akan terjejas dan kamu tidak dapat menumpukan pada pasaran kamu. Oleh itu kamu
perlu elak dari memasuki pasaran pada waktu sebegini.
- Melabur Mengikut
Kemampuan
Apabila kita membincangkan factor di atas, setiap orang mempunyai keinginan
untuk memperolehi kekayaan dalam masa yang singkat dengan modal yang sedikit.
Selalunya sikap ini ada pada semua orang tidak kira status, bangsa dan
kenegaraan seseorang itu. Selalunya orang akan mengambil jalan mudah untuk
memperolehi kekayaan dengan sekelip mata. Perlu diingat forex boleh menjaminkan
kekayaan yang cepat dan tidak kurang juga membuatkan kamu mengalami kerugian
dengan cepat. Kenapa?
Begini saya berikan beberapa contoh. Seseorang pelabur memulakan pelaburan
dengan modal 100usd bercita-cita menjadi jutawan dalam tempoh setahun. Secara
lojik akal saya hendak bawa kamu berfikir. Boleh atau tidak dengan modal 100usd
kamu memperolehi keuntungan berjuta ringgit dalam masa singkat kurang dari
setahun. Sudah tentu jawapannya tidak. Dalam dunia forex jangan sesekali
jadikan modal kamu itu seperti pertaruhan judi. Jangan memperjudikan wang kamu.
Bagaimana cara terbaik untuk memulakan forex dengan meminimakan risiko kerugian
itu tajuk pokok yang kamu perlu fikirkan. Secara amnya, seseorang pelabur yang
professional tidak akan melabur lebih dari 30% modal yang ada di dalam
simpanannya. Mereka akan merancang untuk jangkaan ketidakpastian yang akan
berlaku pada masa akan datang. Konsep dan sikap sebegini perlu ada dan ditanam
dalam setiap pelabur forex atau pun saham. Saya tunjukkan contoh penggiraan
risiko di bawah bagi memudahkan kamu untuk menilai pelabur mana lebih bijak.
Kes 1
Modal = 100usd
Melabur = 50% dari modal
= 50% x 100usd = 50usd
Andaikan kes 1 ini melabur pada matawang EUR/USD pada bukaan harga SELL 1.2050
dan berlaku kenaikan secara luar biasa sehingga price 1.2150 dan pelabur kes 1
ini meletakkan STOP LOSS pada price 1.2150. Berapakah kerugian dialami oleh
pelabur kes 1.
Jumlah kerugian = (1.2050 ?
1.2150) x 50usd x 100 leverage
10,000 (contract size)
= -100 x 5,000
10,000
= -50usd kerugian
Modal yang tinggal = 100usd ? 50usd
= 50usd (kerugian 50% dari modal)
Kes 2
Modal = 100usd
Melabur = 10% dari modal
= 10% x 100usd = 10usd
Andaikan kes 2 ini melabur pada matawang EUR/USD pada bukaan harga SELL 1.2050
dan berlaku kenaikan secara luar biasa sehingga price 1.2150 dan pelabur kes 1
ini meletakkan STOP LOSS pada price 1.2150. Berapakah kerugian dialami oleh
pelabur kes 1.
Jumlah kerugian = (1.2050 ?
1.2150) x 10usd x 100 leverage
10,000 (contract size)
= -100 x 1,000
10,000
= -10usd kerugian
Modal yang tinggal = 100usd ? 10usd
= 90usd (kerugian 10% dari modal)
Dari pengiraan di atas, saya rasakan kamu sendiri boleh menilai kes mana yang
dapat membantu kamu meminimakan kerugian dan sekaligus dapat membantu kamu dari
melakukan kesilapan di dalam pelaburan sekiranya berlaku perubahan trend diluar
jangkaan.
Untuk memperolehi keuntungan yang besar kamu perlu ada modal yang besar untuk
memperolehi keuntungan yang kamu kehendaki. Saya berikan contoh berikutnya pada
kamu:
Kes 3
Modal = 100usd
Melabur = 10% dari modal
= 10% x 100usd = 10usd
Andaikan kes 3 ini melabur pada matawang EUR/USD pada bukaan harga SELL 1.2100
dan memperolehi keuntungan sebanyak 100 pips (tutup position pada price
1.2000).
Jumlah keuntungan = (1.2100 ? 1.2000) x 10usd x
100 leverage
10,000 (contract size)
= 100 x 1,000
10,000
= 10usd untung
Modal bertambah = 100usd + 10usd
= 110usd (keuntungan 110% dari modal)
Kes 4
Modal = 10,000usd
Melabur = 10% dari modal
= 10% x 10,000usd = 1,000usd
Andaikan kes 4 ini melabur pada matawang EUR/USD pada bukaan harga SELL 1.2100
dan memperolehi keuntungan sebanyak 100 pips (tutup position pada price
1.2000).
Jumlah keuntungan = (1.2100 ? 1.2000) x 1,000usd
x 100 leverage
10,000 (contract size)
= 100 x 100,000
10,000
= 1000usd untung
Modal bertambah = 10,000usd +
1,000usd
= 11,000usd (keuntungan 110% dari
modal)
Secara dasarnya kedua-dua memperolehi keuntungan sebanyak 10% dari modal. Akan
tetapi kerana pelabur kes ke 4 ini mempunyai modal yang besar, oleh yang
demikian pelabur ini memperolehi laba yang lebih tinggi dari pelabur kes 3.
Oleh itu, secara tidak langsung factor modal juga memainkan peranan penting untuk
kamu berjaya di dalam forex. Lebih besar modal kamu lebih mudah kamu mengawal
peratusan keuntungan pelaburan kamu.