- Emosi
Ini adalah factor terpenting di dalam urusniaga forex atau pun saham. Kenapa? Apabila kamu dikawal oleh emosi yang negative maka secara tidak langsung kamu akan melakukan banyak kesilapan semasa trading kerana gangguan emosi ini akan mengarahkan kamu untuk memasuki sesuatu pasaran pada nilaian yang tidak munasabah. Apa yang perlu kamu lakukan untuk mengelakkan perkara ini berlaku?
1. Kamu perlu tenangkan fikiran ketika memasuki pasaran.
2. Pastikan emosi kamu tenang dan waras.
3. Jangan sesekali memasuki pasaran sekiranya emosi atau mood kamu terganggu.
4. Elakkan dari memasuki pasaran berlawanan arah major trend kerana desakan emosi.
5. Yakin dengan position yang telah kamu buka dan kekalkan kepercayaan kamu pada position itu.
6. Jangan sesekali cuba cover kerugian kamu pada waktu itu juga ini boleh menyebabkan emosi kamu lebih sukar di kawal.
7. Elakkan dari memasuki pasaran sekiranya kamu telah mengalami kerugian berulang kali. Gunakan masa kerugian ini untuk kamu mengkaji kesilapan yang telah kamu lakukan.
8. Jangan sesekali menyesal sekiranya position kamu terkena stop loss.
9. Banyakkan berdoa pada Tuhan kerana sesungguhnya kejayaan seseorang itu ada kaitannya dengan amalan keagamaan seseorang itu. Sedikit sebanyak emosi kamu sentiasa tip top kerana ada pegangan dan kepercayaan pada ketentuan Yang Maha Agung.
10. Banyakkan bersabar apabila kamu telah memasuki pasaran kerana ada masanya pasaran akan bergerak terlampau lembap sehinggakan kamu boleh hilang pertimbangan dan kesabaran.
- Nafsu
Nafsu? Apa kaitan nafsu dalam arena forex dan saham. Inilah penyebab kenapa
orang yang telah memperolehi keuntungan yang besar tiba-tiba mengalami
kerugian. Kenapa? Kerana mereka ini telah dikawal oleh desakan nafsu yang tidak
rasional. Meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk dijangkau. Walhal
keuntungan besar telah diperolehi akan tetapi sifat nafsu yang tidak bersyukur
mendorong mereka ini untuk memperolehi keuntungan yang lebih besar. Perkara ini
perlu kamu kawal.
Inilah factor seringkali dialami oleh setiap trader tidak kira forex atau pun saham. Masing mengkehendaki memperolehi keuntungan yang besar. Sifat ini boleh disamakan seperti ketamakan berurusniaga. Janjikan kisah ?Anjing dan bayang-bayang? sebagai pedoman kamu. Jangan sesekali jadikan diri kamu seperti kisah yang disebutkan. Sifat yang boleh dikaitan dengan nafsu adalah seperti di bawah dan kamu perlu elakkannya:-
1. Ketamakkan.
2. Tidak bersyukur dengan keuntungan yang telah diperolehi.
3. Meletakkan nilaian lot yang terlampau besar semata-mata untuk memperolehi keuntungan yang besar.
4. Meletakkan harapan untuk untung 100% dalam tempoh tidak singkat.

- Tekanan
Faktor tekanan juga boleh menjadi penyebab kamu rugi di dalam forex atau pun
saham. Banyak penyebab yang didorong oleh factor tekanan yang perlu kamu
elakkan seperti di bawah ini:-
1. Jangan campurkan urusan kerja di pejabat di bawa masuk ke dalam minda kamu semasa berurusniaga forex.
2. Tidak tidur dengan cukup. Kamu perlu tidur secukupnya untuk mengelakkan minda kamu tidak boleh berfikiran dengan rasional.
3. Meletakkan harapan yang tinggi sehingga menyebabkan diri kamu stress.
4. Berusaha untuk mengambil keuntungan secepat mungkin setelah mengalami kerugian yang besar.
5. Tidak beriadah atau bersukan kerana masa banyak diberikan pada forex.
6. Jangan ambil apa-apa ubatan yang boleh menyebabkan kamu mengantuk semasa berurusniaga sehinggakan kamu tidak dapat menumpukan pada pasaran. Elakkan dari memasuki pasaran sekiranya perkara ini terjadi pada kamu.
7. Faktor fikiran dan fizikal yang keletihan boleh menyebabkan kamu berada di dalam factor tekanan semasa berurusniaga elakkan perkara ini berlaku.
8. Tidak mengkaji pasaran terdahulu dan memasuki pasaran dengan tergesa-gesa.
9. Tidak yakin dengan keputusan sendiri dan meletakkan nasib sebagai penentu keuntungan kamu.
10. Bagi yang telah berkeluarga cuba elakkan dari berurusniaga ketika menghadapi masalah rumahtangga atau sebagainya. Pastikan anak-anak dan pasangan tidak mengganggu kamu semasa berurusniaga.

- Faktor Luaran
Adakalanya seseorang pelabur di dalam dunia forex dan saham suka mengabaikan
faktor luaran ini semasa mereka berurusniaga. Antara faktor luaran yang boleh
menjejaskan tumpuan kamu semasa berurusniaga adalah seperti disenaraikan di bawah
ini dan kamu sepatutnya mengelakkan ianya dari terjadi:-
1. Berinteraksi melalui internet seperti YM atau MIRC. Ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang utama kerana kamu tidak menumpukan perhatian 100% ketika kamu hendak memasuki position yang telah kamu jangkakan.
2. Tidak menjaga kesihatan (demam, selesema, sakit perut dan sebagainya). Ini salah satu di antara penyebab ramai gagal di dalam forex kerana tidak menjaga kesihatan kerana apabila kamu tidak sihat tumpuan kamu akan terjejas dan kamu tidak dapat menumpukan pada pasaran kamu. Oleh itu kamu perlu elak dari memasuki pasaran pada waktu sebegini.

- Melabur Mengikut Kemampuan
Apabila kita membincangkan factor di atas, setiap orang mempunyai keinginan untuk memperolehi kekayaan dalam masa yang singkat dengan modal yang sedikit. Selalunya sikap ini ada pada semua orang tidak kira status, bangsa dan kenegaraan seseorang itu. Selalunya orang akan mengambil jalan mudah untuk memperolehi kekayaan dengan sekelip mata. Perlu diingat forex boleh menjaminkan kekayaan yang cepat dan tidak kurang juga membuatkan kamu mengalami kerugian dengan cepat. Kenapa?
Begini saya berikan beberapa contoh. Seseorang pelabur memulakan pelaburan dengan modal 100usd bercita-cita menjadi jutawan dalam tempoh setahun. Secara lojik akal saya hendak bawa kamu berfikir. Boleh atau tidak dengan modal 100usd kamu memperolehi keuntungan berjuta ringgit dalam masa singkat kurang dari setahun. Sudah tentu jawapannya tidak. Dalam dunia forex jangan sesekali jadikan modal kamu itu seperti pertaruhan judi. Jangan memperjudikan wang kamu.
Bagaimana cara terbaik untuk memulakan forex dengan meminimakan risiko kerugian itu tajuk pokok yang kamu perlu fikirkan. Secara amnya, seseorang pelabur yang professional tidak akan melabur lebih dari 30% modal yang ada di dalam simpanannya. Mereka akan merancang untuk jangkaan ketidakpastian yang akan berlaku pada masa akan datang. Konsep dan sikap sebegini perlu ada dan ditanam dalam setiap pelabur forex atau pun saham. Saya tunjukkan contoh penggiraan risiko di bawah bagi memudahkan kamu untuk menilai pelabur mana lebih bijak.
Kes 1
Modal = 100usd
Melabur = 50% dari modal = 50% x 100usd = 50usd
Andaikan kes 1 ini melabur pada matawang EUR/USD pada bukaan harga SELL 1.2050 dan berlaku kenaikan secara luar biasa sehingga price 1.2150 dan pelabur kes 1 ini meletakkan STOP LOSS pada price 1.2150. Berapakah kerugian dialami oleh pelabur kes 1.
Jumlah kerugian = (1.2050 ? 1.2150) x 50usd x 100 leverage
10,000 (contract size)
= -100 x 5,000
10,000
= -50usd kerugian
Modal yang tinggal = 100usd ? 50usd
= 50usd (kerugian 50% dari modal)
Kes 2
Modal = 100usd
Melabur = 10% dari modal = 10% x 100usd = 10usd
Andaikan kes 2 ini melabur pada matawang EUR/USD pada bukaan harga SELL 1.2050 dan berlaku kenaikan secara luar biasa sehingga price 1.2150 dan pelabur kes 1 ini meletakkan STOP LOSS pada price 1.2150. Berapakah kerugian dialami oleh pelabur kes 1.
Jumlah kerugian = (1.2050 ? 1.2150) x 10usd x 100 leverage
10,000 (contract size)
= -100 x 1,000
10,000
= -10usd kerugian
Modal yang tinggal = 100usd ? 10usd
= 90usd (kerugian 10% dari modal)
Dari pengiraan di atas, saya rasakan kamu sendiri boleh menilai kes mana yang dapat membantu kamu meminimakan kerugian dan sekaligus dapat membantu kamu dari melakukan kesilapan di dalam pelaburan sekiranya berlaku perubahan trend diluar jangkaan.
Untuk memperolehi keuntungan yang besar kamu perlu ada modal yang besar untuk memperolehi keuntungan yang kamu kehendaki. Saya berikan contoh berikutnya pada kamu:
Kes 3
Modal = 100usd
Melabur = 10% dari modal = 10% x 100usd = 10usd
Andaikan kes 3 ini melabur pada matawang EUR/USD pada bukaan harga SELL 1.2100 dan memperolehi keuntungan sebanyak 100 pips (tutup position pada price 1.2000).
Jumlah keuntungan = (1.2100 ? 1.2000) x 10usd x 100 leverage
10,000 (contract size)
= 100 x 1,000
10,000
= 10usd untung
Modal bertambah = 100usd + 10usd
= 110usd (keuntungan 110% dari modal)
Kes 4
Modal = 10,000usd
Melabur = 10% dari modal = 10% x 10,000usd = 1,000usd
Andaikan kes 4 ini melabur pada matawang EUR/USD pada bukaan harga SELL 1.2100 dan memperolehi keuntungan sebanyak 100 pips (tutup position pada price 1.2000).
Jumlah keuntungan = (1.2100 ? 1.2000) x 1,000usd x 100 leverage
10,000 (contract size)
= 100 x 100,000
10,000
= 1000usd untung
Modal bertambah = 10,000usd + 1,000usd
= 11,000usd (keuntungan 110% dari modal)
Secara dasarnya kedua-dua memperolehi keuntungan sebanyak 10% dari modal. Akan tetapi kerana pelabur kes ke 4 ini mempunyai modal yang besar, oleh yang demikian pelabur ini memperolehi laba yang lebih tinggi dari pelabur kes 3. Oleh itu, secara tidak langsung factor modal juga memainkan peranan penting untuk kamu berjaya di dalam forex. Lebih besar modal kamu lebih mudah kamu mengawal peratusan keuntungan pelaburan kamu.
No comments:
Post a Comment