Tuesday, 12 February 2013

LAGI TENTANG MEMAHAMI FOREX



Untuk memahami forex dengan lebih mendalam, sila teruskan membaca artikel mengenai penjelasan asas dan informasi mengenai pasaran Forex yang khusus.

PASANGAN MATAWANG
Pada mulanya membaca mengenai pertukaran wang asing ini agak memeningkan, namun ia sebenarnya agak mudah jika anda mengingati dua perkara: 1) Matawang pertama disenaraikan adalah asas matawang dan 2) nilai matawang adalah sentiasa 1.

Matawang US Dollar adalah boleh dikatakan asas sebagai pembahagi untuk matawang lain. Untuk matawang utama termasuk USD/JPY, USD/CHF dan USD/CAD. Untuk matawang ini dan kebanyakan matawang yang lain, nilai unit dia adalah dalam $1 USD per matawang dengan matawang kedua itu. Sebagai contoh, USD/JPY 120.01 bermaksud 1 USD Dollar sama dengan 120.01 Yen Jepun.

Bila US Dollar sebagai unit asas dan matawang meningkat naik, ini bermaksud nilai Dollar telah melemahkan matawang yang lain. Jika USD/JPY sebelumnya telah meningkat kepada 123.01, nilai Dollar menjadi kukuh kerana sekarang ia boleh membeli lebih banyak Yen dari sebelumnya.

Terdapat tiga pengecualian dari peraturan untuk British pound (GBP), Australian dollar (AUD) dan Euro (EUR). Dalam kes ini, anda akan melihat sebagai contoh GBP/USD 1.4366, bermaksud satu British pound adalah sama dengan 1.4366 US Dollars.

Dalam tiga pasangan matawang ini, dimana US Dollar tidak lagi menjadi kadar asas, dimana peningkatan nilai tiga matawang ini akan melemahkan matawang US Dollar, ia membenarkan mengambil lebih nilai US Dollar untuk satu Pound, Euro atau pun Australian Dollar.

Dengan kata lain, jika matawang tersebut meningkat naik, peningkatan nilai matawang itu akan kukuh dan jika matawang itu menurun, maknanya matawang itu menjadi lemah.
Matawang yang tidak terlibat dengan US Dollar dipanggil matawang silang, tapi ia tetap sama. Contoh EUR/JPY 127.95 bermakna satu Euro bersamaan dengan 127.95 Yen Jepun.

Bila anda melakukan “trading” dalam Forex, anda dapat lihat terdapat dua bahagian dimana terdapat ‘bid’ dan ‘offer’. ‘Bid’ bermaksud anda boleh melakukan jualan kepada matawang tersebut ( pada masa yang sama anda membeli matawang yang kedua). ‘Ask’ pula adalah bermaksud anda boleh melakukan belian kepada matawang tersebut (pada masa yang sama anda menjual matawang kedua).

PIP
Belajar untuk menyukai perkataan ini, kerana inilah yang anda akan cari dalam kerjaya Forex anda. Pip adalah nilai terkecil dalam semua perbezaan matawang, jadi jika ianya bergerak keatas, sebagai contoh EUR/USD bergerak dari 1.2150 ke 1.2155, bermakna ianya bergerak sebanyak 5 pips.

LEVERAGE
“Leverage” ialah satu konsep yang mudah, Jika anda mempunyai $10,000 untuk “trade” anda, broker Forex anda akan membenarkan anda meminjam duit dari mereka jadi anda boleh “trade” dengan nilai kuantiti yang lebih besar. Mereka boleh meminjamkan kepada anda sehingga 400 kali ganda (400:1) untuk anda letak dalam “trade” anda. Kebanyakan broker Forex akan membenarkan anda antara 50:1 dan 100:1 untuk margin. Jika anda memasukkan $1,000 dan broker anda memberi dan membenarkan 100:1 margin, anda akan “trade” dalam “trading” anda sebanyak $100,000 padahal nilai sebenar anda hanya lah $1,000 sahaja.
Ini adalah amat penting kerana setiap pips adalah sama dengan nilai dalam jumlah Dollar. Bila anda “trade” $10,000, setiap pip yang bergerak adalah bernilai $1. Gambar rajah dibawah menunjukkan bagaimana ianya berlaku. Jika anda “trade” 10,000 nilai matawang itu, setiap pergerakkan bernilai $1. Jadi jika anda membuat belian pada 1.1445 dan menjual kembali pada harga 1.1545, anda sudah mendapat 100 x $1, atau $100. Jika anda “trade” dengan nilai $100,000, setiap pergerakan pip adalah bernilai $10 dan seterusnya.

LONG DAN SHORT
Sekarang terdapat dua cara untuk anda melakukan “trade” di pasaran Forex, dan terdapat banyak “trader” baru yang terkejut kerana mereka sebenarnya boleh mendapat banyak wang apabila matawang bergerak keatas mahupun kebawah. Mari kita mulakan secara logik apabila matawang itu bergerak keatas.
Kebanyakan orang sudah faham dan tahu dengan konsep untuk membeli sesuatu dengan harga rendah dan menjual balik bila harga meningkat tinggi. Jadi konsep membeli EUR/USD pada 1.2150 dan menjual balik pada 1.2160 dengan peningkatan 10 pips, ini dipanggil “Long”.
Bagaimanapun anda boleh melakukan ini juga secara terbalik. Jika anda rasakan yang matawang ini akan menurun lebih dari meningkat naik, anda boleh membuat “Short”. Ini hanya lah membuat secara bertentangan dari yang diatas, jual dahulu dan beli kemudian dengan harapan agar harga akan menurun untuk anda 
mendapat keuntungan.

Ini mungkin agak aneh dan ganjil untuk sesiapa yang masih baru mendengar perkara seperti ini, tetapi konsep nya tetap sama yang akan anda sentiasa membeli sesuatu dengan harga yang rendah dan menjual kembali pada harga yang tinggi. Tidak kira apa jua yang anda “order”, semua transaksi mestilah cukup sifatnya dimana yang anda mesti mempunyai transaksi bila beli mesti jual kembali, selagi anda menjual pada harga yang tinggi anda akan sentiasa mendapat keuntungan.

SPREAD
Perbezaan antara broker Bursa saham dan broker Forex adalah kerana komisen. Broker Forex anda yang mengenakan sedikit komisen dan ada yang tidak mengenakan sebarang komisen. Jadi macam mana mereka membuat duit? Sebab itu lah broker Forex mengenakan “spread” iaitu perbezaan antara harga sebenar dengan harga yang ditawarkan oleh broker Forex.
Disini anda akan dapat melihat “board” biasa mengenai matawang dan juga “spread”. Ini diambil dari sumber kami pada pagi ini., dan anda akan dapat melihat contoh perbezaan antara “Offer” (harga yang anda akan tempatkan untuk “Sell order”) dan “Bid” (harga dimana anda akan tempatkan “Buy order”) adalah 3 nilai “spread” nya.

Walau apa pun apakah ertinya kepada anda? Jadi mari kita tengok dekat “board”, jika anda membeli EUR/USD pada 1.2158 yang ditawarkan pada kolum “Offer” dan dengan jual nya kembali dengan cepat sebelum hara bergerak,anda hanya akan mendapat pada harga 1.2155 seperti yang ditunjukkan di kolum “Bid”. Jadi hasilnya anda mendapat -3 pips, dan ianya adalah kerugian bagi anda an keuntungan pada broker. Ingat untuk sentiasa meletakkan nilai “spread” itu dalam akaun anda apabila anda ingin meletakkan “order”, “set target” dan juga “Stop loss”.

BEARS DAN BULLS
Anda pasti akan kehairanan melihat perkataan “Bears” dan “Bulls” pada buku Forex dan juga laman chat, kenapa mereka memperkatakan mengenai haiwan ini dalam urusan “trading” mereka. Pengertian ia sangat meluas dalam pasaran Forex. “Bears” adalah dimana pasaran dalam keadaaan harga pasaran menurun, contoh bila terdapat ramai yang melakukan “Sell” dari “Buy” di pasaran. “Bull” pula adalah keadaan dimana nilai pasaran dalam keadaan menaik, dimana ramai yang melakukkan “Buy” dari yang melakukan “Sell” di pasaran.

Forex dan juga pasaran lain akan hanya menahan antara “Bull” dan “Bears”. Jika anda dapat mengenali seseorang yang boleh melakukan lonjakan atau anda dapat membaca pergerakan arah, sudah pasti anda lebih mudah untuk melakukan nya.
Jadi yang diatas itu hanya lah asas sahaja, terdapat banyak lagi yang perlu dipelajari untuk membantu anda.

PENGIRAAN KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN
Di pasaran Forex ini, dimana pergerakkan matawang seluruh Negara di dunia dibeli dan dijual. Forex sentiasa menumpukan pada pasangan matawang. Sebagai contoh jika anda melakukan transaksi “Buy” pada Euro dan membayar menggunakan US Dollar, atau anda melakukan “Sell” untuk Canadian Dollar untuk Yen Jepun. Nilai pelaburan Forex ini meningkat dan menurun adalah kerana kadar pertukaran matawang atau kadar Forex. Pertukaran ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan kerap kali kerana disebabkan oleh pengaruh ekonomi dan juga permainan politik. Dengan “hypothetical Forex Investment” akan menunjukkan anda bagaimana untuk mengira keuntungan dan kerugian dalam “trading” Forex.

Untuk memahami bagaimana kadar matawang ini memberi kesan ke atas nilai pelaburan Forex anda, anda mesti mempelajari bagaimana sifat Forex. Sifat Forex sentiasa aktif dan berpasangan. Sebagai contoh, US Dollar dengan Canadian Dollar. Contoh, USD/CAD = 170.50 bermaksud satu US Dollar bersamaan dengan 170.50 Canadian Dollar.Matawang yang berada di sebelah kiri, “/” (USD sebagai contoh) adalah sentiasa bersamaan dengan 1. Matawang yang berada di sebelah kanan “/” (CAD sebagai contoh) adalah matawang kedua. Contoh satu Dollar anda boleh membeli 170.50 CAD, kerana ianya lebih kukuh dengan dua matawang. US Dollar dianggap sebagai matawang tengah dalam pasaran Forex dan sentiasa menjadi pasangan kepada matawang-matawang yang lain.

Sekarang kita terus tumpukan pada “hypothetical Forex investment” yang akan menunjukkan kepada anda jika anda boleh mendapat keuntungan atas jangka masa pendek “trading” Forex. Sebagai contoh, pasangan matawang adalah US Dollar dan juga Euro. Kadar Forex untuk UR/USD pada 26 Ogos 2006 adalah 1.0857 yang bermaksud satu US Dollar sama dengan 1.0857 Euros dan jika anda membeli pada ketika itu, dengan harga 1,000 Euros, anda akan dibayar pada harga $1,0857 Euros.

Setahun kemudian, kadar untuk EUR/USD menjadi 1.2083 dengan nilai Euro telah meningkat lagi dengan berpasangan dengan USD. Jika anda menjual 1,000 Euros setahun kemudian, anda akan mendapat $1,208.30 yang bermakna $122.60 lebih tinggi dari apa yang anda dapat dari tahun lepas.
Sebaliknya, jika kadar Forex selepas setahun untuk EUR/USD = 1.0576 dengan nilai Euro telah menurun dengan berpasangan dengan US Dollar. Jika anda menjual 1,000 Euros pada ketika itu, anda akan mendapat $1,057.60 yang bermakna $28.10 kurang dari yang anda akan dapat dari tahun lepas.

NANTI SAMBUNG LAGI...

BERMULALAH DENGAN ACC DEMO TERLEBIH DAHULU
JIKA SUDAH YAKIN BERMULALAH DENGAN ACC MICRO

Saturday, 9 February 2013

ISTILAH UTAMA FOREX



Istilah dan Penerangan

Bear Market - Pasaran sedang turun (Sell)
Bull Market - Pasaran sedang naik (Buy)
Buy - Beli / Ask
Sell - Jual / Bid
Buy Limit - Arahan belian tertangguh pada harga yang berada
di bawah harga semasa dan akan di laksanakan
apabila pasaran mencapai harga tersebut.

Sell Limit - Arahan jualan tertangguh pada harga yang berada
di atas harga semasa dan akan di laksanakan
apabila pasaran mencapai harga tersebut.

Buy Stop - Arahan belian tertangguh pada harga yang berada
di atas harga semasa dan akan di laksanakan
apabila pasaran mencapai harga tersebut.

Sell Stop - Arahan jualan tertangguh pada harga yang berada
di bawah harga semasa dan akan di laksanakan
apabila pasaran mencapai harga tersebut.

Stop Loss - Diguna untuk mengelakkan kerugian yang lebih
besar ke atas trader.

Close - Arahan untuk menutup urusniaga samada dalam
keadaan rugi ataupun untung.

Open - Arahan untuk membuka urusniaga.

Pair - Pasangan matawang seperti USDJPY, EURUSD.

Downtrend - Pasaran menurun.

Uptrend - Pasaran menaik

Expert Advisor (EA) - Robot. Program berskrip yang dijalankan secara
automatik apabila syarat-syarat tertentu di penuhi.

Hedging - Teknik untuk mengimbangi kerugian.

High - Harga tertinggi sesuatu pair.

Low - Harga terendah sesuatu pair.

Leverage - Pinjaman tanpa faedah dari broker dalam bentuk
nisbah seperti 1:1, 1:50, 1:200, 1:500, 1:1000.
Membolehkan trader berdagang dengan modal yang
lebih tinggi berbanding deposit sebenar. Contohnya,
deposit USD100.00 dengan leverage 1:1000,
membolehkan trader berdagang dengan modal
USD100,000.00.

Long - Transaksi belian apabila pasaran menaik.

Short - Transaksi jualan apabila pasaran menurun.

Lot - Jumlah ekuiti matawang yang di niagakan. Nilai lot
berbeza mengikut jenis akaun dan juga nisbah
leverage.

Margin - Modal yang didepositkan ke dalam akaun forex.

Margin Call - Permintaan dari broker supaya anda menambah
modal ke dalam akaun forex yang sedang mengalami
kerugian sehingga ke paras terendah. Sekiranya
modal tidak di tambah, semua posisi urusniaga akan
di tutup oleh broker dan hanya margin untuk
membuka lot sahaja yang akan di pulangkan.

Oversold - Penjualan sudah mencapai tahap maksima.

Overbought - Pembelian sudah mencapai tahap maksima.

Spreads - Perbezaan antara harga buy dan sell. Inilah
komisyen yang di perolehi oleh broker setiap kali
entry di lakukan.

Pending Order - Arahan urusniaga tertangguh dan akan diaktifkan
secara automatik apabila harga semasa mencecah
harga yang telah di tetapkan.

Pip - Perubahan harga matawang.

Platform - Perisian yang disediakan oleh broker untuk
membolehkan trader menjalankan urusniaga forex
serta menguruskan akaun. Contohnya, MetaTrader4.

Post / Entry - Pembelian atau penjualan dalam urusniaga forex.

Rollover / Swap - Entry yang masih tergantung (floating) sehingga ke
hari berikutnya. Selalunya broker akan mengenakan
bayaran atau pun memberikan bayaran kepada
trader sekiranya berlaku rollover.

Reversal - Pasaran membuat pergerakan ke arah yang
bertentangan. Contoh, dari uptrend ke downtrend.
Retrenchment Pasaran membuat sedikit pergerakan bertentangan
sebelum menyambung ke arah pergerakan asal.

Take Profit - Tahap untung yang di hadkan untuk mendapat
keuntungan.

Time Frame - Tempoh masa pada waktu tertentu.

Trailing Stop - Arahan menutup post berdasarkan jumlah pip yang
di tetapkan sebelum pasaran bergerak ke arah
bertentangan.



PERBEZAAN FOREX DAN SAHAM



Ada beberapa perbezaan antara forex dan saham yang perlu anda tahu
sebelum membuat keputusan samada melabur di dalam forex ataupun
saham. Antaranya adalah seperti berikut;

Arah pasaran

* Forex mempunyai 2 arah pasaran yang boleh di dagangkan, iaitu
naik dan turun.

*Saham hanya mempunyai 1 arah pasaran yang boleh di dagangkan
iaitu, naik sahaja.

Masa urusniaga

* Urusniaga forex boleh dilakukan 24 jam sehari selama 5 hari
seminggu.

*Urusniaga saham hanya boleh dilakukan 8 jam sehari selama 5
hari seminggu.

Urusan Jual Beli

* Urusan jual beli forex di lakukan oleh pemegang akaun itu sendiri.
* Manakala urusan jual beli saham di lakukan oleh individu lain yang
di kenali sebagai remisier.

Spekulasi

* Forex tidak mempunyai maklumat dalaman yang boleh
mempengaruhi kekuatan pasaran seperti orang dalam, berita palsu
dan sindiket penipuan kerana jumlah dagangannya terlalu besar
untuk dimanipulasikan.

* Manakala pasaran saham mempunyai banyak sekali maklumat
dalaman yang boleh dimanipulasikan untuk menjerat pelabur yang
terpedaya.

MATAWANG FOREX



MATAWANG UTAMA FOREX

No/ Simbol/ Matawang/ Nickname

1 USD/ US Dollar/ Buck
2 EUR/ Euro/ Fiber
3 GBP/ British Pound/ Cable
4 AUD/ Australian Dollar/ Aussie
5 JPY/ Japanese Yen/ Yen
6 CAD/ Canadian Dollar/ Loonie
7 CHF/ Swiss Franc/ Swissy
8 NZD/ New Zealand Dollar/ Kiwi

Setiap matawang di dalam pasaran forex diniagakan berpasang-pasangan
(pair). Pasangan ini terbahagi kepada 2 jenis;

1. Major Pair
- Matawang yang berpasangan dengan USD.
- USDJPY, EURUSD, AUDUSD, NZDUSD, USDCAD, USDCHF,
GBPUSD

2. Cross Pair
- Matawang yang tidak berpasangan dengan USD.
- EURJPY, GBPJPY, EURCHF, EURGBP, GBPCHF


Pasangan ini di tentukan berdasarkan kepada Base Currency dan Quote
Currency.

1. Base Currency adalah matawang yang nilainya lebih besar dari USD
seperti, EUR dan GBP.

2. Quote Currency adalah matawang yang nilainya lebih rendah dari
USD seperti, JPY, CHF, AUD dan CAD.

Pasangan matawang ini bermaksud, sekiranya anda membeli EURUSD, anda
secara tidak langsung membeli EUR dan menjual USD. Begitulah
sebaliknya sekiranya anda menjual EURUSD.



Pergerakan pasaran forex adalah seperti berikut;

5 pagi – 12 tengah hari
* Pasaran New Zealand dan Australia dibuka
* NZDUSD, AUDUSD

8 pagi – 4 petang
* Pasaran Tokyo dibuka
*GBPJPY, USDJPY, EURJPY

2 petang – 1 pagi
* Pasaran London dibuka
* GBPUSD, GBPCHF, GBPJPY

3 petang – 12 tengah malam
* Pasaran Eropah dibuka
* EURUSD, USDCHF
8 malam – 5 pagi
* Pasaran US dibuka
* GBPUSD, USDCHF, GBPJPY, GBPCHF, EURUSD

Setiap matawang mempunyai ciri-ciri dan sifatnya yang tertentu
berdasarkan polisi dan dasar sesebuah negara tersebut. Antara contohnya
adalah seperti berikut;

GBP – Mesra perdagangan. Perkembangan ekonomi yang positif akan
menaikan nilai GBP.
CHF – Selamat dan stabil.
EUR – Anti USD. Bergantung hampir sepenuhnya kepada eksport.
JPY – Sensitif terhadap harga minyak mentah dunia. Pengimport
utama minyak dunia.
AUD – Sensitif terhadap harga emas. Antara pengeluar emas
terbesar dunia.
CAD – Sensitif terhadap harga minya mentah dunia. Antara negara
pengeksport minyak terbesar dunia.

JENIS-JENIS CHART


Line Chart

Bar Chart

Japanese Candlestick Chart

DEFINISI FOREX


DEFINISI FOREX

FOREX ataupun singkatan daripada Foreign Exchange.
Ringkasnya, forex bermaksud urusniaga jual beli matawang di antara dua buah negara.
Dalam Bahasa Melayu bermaksud Tukaran Matawang Asing. Sebagai contoh, di akhir Buletin
Utama dalam tv tempatan,ada berita tentang Forex di mana di beritahu perkembangan naik dan turun matawang dunia.

Contoh yang paling senang untuk kita lihat urusniaga forex adalah di
premis pengurup wang (money changer). Di sana kita akan dapat melihat di
papan matawang terdapat nilai yang berbeza-beza, seperti beli Amerika
Dolar (USD) RM3.24 dan jual Amerika Dolar (USD) RM3.10. Ini
bermaksud, sekiranya kita hendak membeli USD1.00 kita perlu membayar
RM3.24 dan sekiranya kita hendak menjual USD1.00 kita akan menerima
RM3.10. Inilah yang di namakan urusniaga forex ataupun tukaran
matawang asing.

Hari ini purata dagangan forex mencapai USD2.5 trillion setiap hari.
Sebelum tahun 1996, urusniaga forex hanyalah di buka kepada
bank, institusi pelaburan dan individu berpengaruh sahaja kerana modal
yang di perlukan adalah sangat tinggi iaitu sekitar USD10 juta.Urusniaga
forex telah lama wujud di dunia ini selaras dengan kewujudan
matawang.Jadi tidak ramai orang kebanyakkan yang mampu untuk berurusniaga dalam pasaran
forex. Selepas tahun 1996, urusniaga forex dibuka kepada orang ramai
dengan modal permulaan yang rendah.


Forex didagangkan selama 24 jam sehari, 5 kali seminggu. Bermula pada
hari Isnin pukul 5.00 pagi hingga hari Sabtu pukul 6.00 pagi waktu
Malaysia (bergantung kepada broker). Pasaran forex hanya di tutup pada
hari Sabtu dan Ahad setiap minggu dan pada hari cuti umum tertentu
seperti Hari Krismas dan Tahun Baru.

Thursday, 7 February 2013




PERSEDIAN SEBELUM MEMASUKI PASARAN FOREX SEBENAR

1.Belajar dan usaha memahami asas forex terlebih dahulu sebelum memulakan
forex trading sebenar.
- banyak sumber percuma di internet yang padat dengan pembacaan asas
forex antaranya http://encomtrade.blogspot.com, http://www.babypips.com/ , http://www.fxstreet.com/ .Turut serta dalam perbincangan forex dalam forum.

2.Sebaik-baiknya latih trading forex dengan akaun demo dahulu(guna wang
maya).
- daftarlah akaun Demo di broker Forex seperti FXOpen/ FXMalay yang terbaik dan terkenal sekarang ini.
Buat sementara ini,anda boleh lihat panduan Mendaftar yang disediakan dalam blog saya ini: http://encomtrade.blogspot.com

3. Belajar mengawal perasaan agar tidak terganggu dengan keuntungan
mahupun kerugian dalam Forex.

-Beringat yang 90 ke 95% pedagang forex selalunya gagal.
-Target anda adalah dalam kelompok 5% tu dengan memastikan kadar
keuntungan anda lebih banyak dari kadar kerugian.

4.Berdisiplin dan cuba memahirkan diri dengan satu system/teknik forex
terlebih dahulu sebelum mencuba dengan teknik yang lain.

-Tidak ade system forex yang 100% untung.Tetapi anda boleh mencari teknik
yang baik dengan 70% keuntungan ataupun lebih.

5.Target keuntungan berdasarkan kemampuan dan hendaklah realistik.
-Mula dengan target yang rendah seperti 5pips ke 10 pips sehari.

TEKNIK YANG POPULAR

- Scalping
- Hedging
- Swing dll

DAFTAR DAN MULAKAN TRADING ANDA DI SINI...