Saturday, 9 February 2013

DEFINISI FOREX


DEFINISI FOREX

FOREX ataupun singkatan daripada Foreign Exchange.
Ringkasnya, forex bermaksud urusniaga jual beli matawang di antara dua buah negara.
Dalam Bahasa Melayu bermaksud Tukaran Matawang Asing. Sebagai contoh, di akhir Buletin
Utama dalam tv tempatan,ada berita tentang Forex di mana di beritahu perkembangan naik dan turun matawang dunia.

Contoh yang paling senang untuk kita lihat urusniaga forex adalah di
premis pengurup wang (money changer). Di sana kita akan dapat melihat di
papan matawang terdapat nilai yang berbeza-beza, seperti beli Amerika
Dolar (USD) RM3.24 dan jual Amerika Dolar (USD) RM3.10. Ini
bermaksud, sekiranya kita hendak membeli USD1.00 kita perlu membayar
RM3.24 dan sekiranya kita hendak menjual USD1.00 kita akan menerima
RM3.10. Inilah yang di namakan urusniaga forex ataupun tukaran
matawang asing.

Hari ini purata dagangan forex mencapai USD2.5 trillion setiap hari.
Sebelum tahun 1996, urusniaga forex hanyalah di buka kepada
bank, institusi pelaburan dan individu berpengaruh sahaja kerana modal
yang di perlukan adalah sangat tinggi iaitu sekitar USD10 juta.Urusniaga
forex telah lama wujud di dunia ini selaras dengan kewujudan
matawang.Jadi tidak ramai orang kebanyakkan yang mampu untuk berurusniaga dalam pasaran
forex. Selepas tahun 1996, urusniaga forex dibuka kepada orang ramai
dengan modal permulaan yang rendah.


Forex didagangkan selama 24 jam sehari, 5 kali seminggu. Bermula pada
hari Isnin pukul 5.00 pagi hingga hari Sabtu pukul 6.00 pagi waktu
Malaysia (bergantung kepada broker). Pasaran forex hanya di tutup pada
hari Sabtu dan Ahad setiap minggu dan pada hari cuti umum tertentu
seperti Hari Krismas dan Tahun Baru.

No comments:

Post a Comment