Untuk makluman anda,sebelum ini Forex hanya dibuka kepada golongan ekslusif korporat sebelum tahun 1996 namun selepas itu Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu telah membuka dagangan Forex kepada orang awam dengan memperkenalkan akaun mini/micro yang membolehkan orang awam melakukan dagangan dengan modal yang rendah.Dan kini dagangannya telah dibuka kepada umum.Jadi inilah peluang keemasan bagi pelabur-pelabur kecil seperti saya dan mungkin anda juga.
Saturday, 9 February 2013
ISTILAH UTAMA FOREX
Istilah dan Penerangan
Bear Market - Pasaran sedang turun (Sell)
Bull Market - Pasaran sedang naik (Buy)
Buy - Beli / Ask
Sell - Jual / Bid
Buy Limit - Arahan belian tertangguh pada harga yang berada
di bawah harga semasa dan akan di laksanakan
apabila pasaran mencapai harga tersebut.
Sell Limit - Arahan jualan tertangguh pada harga yang berada
di atas harga semasa dan akan di laksanakan
apabila pasaran mencapai harga tersebut.
Buy Stop - Arahan belian tertangguh pada harga yang berada
di atas harga semasa dan akan di laksanakan
apabila pasaran mencapai harga tersebut.
Sell Stop - Arahan jualan tertangguh pada harga yang berada
di bawah harga semasa dan akan di laksanakan
apabila pasaran mencapai harga tersebut.
Stop Loss - Diguna untuk mengelakkan kerugian yang lebih
besar ke atas trader.
Close - Arahan untuk menutup urusniaga samada dalam
keadaan rugi ataupun untung.
Open - Arahan untuk membuka urusniaga.
Pair - Pasangan matawang seperti USDJPY, EURUSD.
Downtrend - Pasaran menurun.
Uptrend - Pasaran menaik
Expert Advisor (EA) - Robot. Program berskrip yang dijalankan secara
automatik apabila syarat-syarat tertentu di penuhi.
Hedging - Teknik untuk mengimbangi kerugian.
High - Harga tertinggi sesuatu pair.
Low - Harga terendah sesuatu pair.
Leverage - Pinjaman tanpa faedah dari broker dalam bentuk
nisbah seperti 1:1, 1:50, 1:200, 1:500, 1:1000.
Membolehkan trader berdagang dengan modal yang
lebih tinggi berbanding deposit sebenar. Contohnya,
deposit USD100.00 dengan leverage 1:1000,
membolehkan trader berdagang dengan modal
USD100,000.00.
Long - Transaksi belian apabila pasaran menaik.
Short - Transaksi jualan apabila pasaran menurun.
Lot - Jumlah ekuiti matawang yang di niagakan. Nilai lot
berbeza mengikut jenis akaun dan juga nisbah
leverage.
Margin - Modal yang didepositkan ke dalam akaun forex.
Margin Call - Permintaan dari broker supaya anda menambah
modal ke dalam akaun forex yang sedang mengalami
kerugian sehingga ke paras terendah. Sekiranya
modal tidak di tambah, semua posisi urusniaga akan
di tutup oleh broker dan hanya margin untuk
membuka lot sahaja yang akan di pulangkan.
Oversold - Penjualan sudah mencapai tahap maksima.
Overbought - Pembelian sudah mencapai tahap maksima.
Spreads - Perbezaan antara harga buy dan sell. Inilah
komisyen yang di perolehi oleh broker setiap kali
entry di lakukan.
Pending Order - Arahan urusniaga tertangguh dan akan diaktifkan
secara automatik apabila harga semasa mencecah
harga yang telah di tetapkan.
Pip - Perubahan harga matawang.
Platform - Perisian yang disediakan oleh broker untuk
membolehkan trader menjalankan urusniaga forex
serta menguruskan akaun. Contohnya, MetaTrader4.
Post / Entry - Pembelian atau penjualan dalam urusniaga forex.
Rollover / Swap - Entry yang masih tergantung (floating) sehingga ke
hari berikutnya. Selalunya broker akan mengenakan
bayaran atau pun memberikan bayaran kepada
trader sekiranya berlaku rollover.
Reversal - Pasaran membuat pergerakan ke arah yang
bertentangan. Contoh, dari uptrend ke downtrend.
Retrenchment Pasaran membuat sedikit pergerakan bertentangan
sebelum menyambung ke arah pergerakan asal.
Take Profit - Tahap untung yang di hadkan untuk mendapat
keuntungan.
Time Frame - Tempoh masa pada waktu tertentu.
Trailing Stop - Arahan menutup post berdasarkan jumlah pip yang
di tetapkan sebelum pasaran bergerak ke arah
bertentangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment