Saturday, 9 February 2013

PERBEZAAN FOREX DAN SAHAM



Ada beberapa perbezaan antara forex dan saham yang perlu anda tahu
sebelum membuat keputusan samada melabur di dalam forex ataupun
saham. Antaranya adalah seperti berikut;

Arah pasaran

* Forex mempunyai 2 arah pasaran yang boleh di dagangkan, iaitu
naik dan turun.

*Saham hanya mempunyai 1 arah pasaran yang boleh di dagangkan
iaitu, naik sahaja.

Masa urusniaga

* Urusniaga forex boleh dilakukan 24 jam sehari selama 5 hari
seminggu.

*Urusniaga saham hanya boleh dilakukan 8 jam sehari selama 5
hari seminggu.

Urusan Jual Beli

* Urusan jual beli forex di lakukan oleh pemegang akaun itu sendiri.
* Manakala urusan jual beli saham di lakukan oleh individu lain yang
di kenali sebagai remisier.

Spekulasi

* Forex tidak mempunyai maklumat dalaman yang boleh
mempengaruhi kekuatan pasaran seperti orang dalam, berita palsu
dan sindiket penipuan kerana jumlah dagangannya terlalu besar
untuk dimanipulasikan.

* Manakala pasaran saham mempunyai banyak sekali maklumat
dalaman yang boleh dimanipulasikan untuk menjerat pelabur yang
terpedaya.

No comments:

Post a Comment